Sabtu, 03 Juli 2010

PTB (Pembetulan Tulang Belakang)

Pembetulan Tulang Belakang
Muqadimah
Telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita ,meminta anak-anak agar dapat berjalan dan memijak diatas belakang dalam keadaan kita tidur meniarap. Kaedah ini akhirnya menjadi satu method pengubatan yang berkembang di dunia yang dikenali sebagai pengubatan kiropraktik. Di sudut maknanya kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang. Selari dengan perkembangan method ini ,ada satu lagi kaedah yang hampir sama tetapi lebih meluas dari manipulasi tulang belakang iaitu “shiatsu”.

Namun bagitu PTB yang kita kemukakan ini merupakan method pengubatan Melayu (JAWI) yang banyak digunakan oleh perawat-perawat terutama para bidan kampong. Tujuan awal kaedah ini ialah untuk memberikan urutan selepas bersalin kerana wanita yang bersalinlah yang banyak menghadapi masalah tulang belakang.
Di sudut yang lain, PTB perubatan Jawi juga menggunakan besi panas yang saya kira lebih efektif daripada penggunaan tangan kosong “ kiropraktik” dan “shiatsu”. Besi panas yang dimaksudkan bukanlah “al kay” seperti yang dilarang dalam hadis tetapi kaedah bertungku yang betul. Berat tungku juga diambil kira pada mengikut berat badan pesakit. Selain daripada itu bagi kes tertentu pijakan dengan kaki juga dilakukan.
Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5),ruas Sacrum , ruas Coccyx (tulang ekor)

2. Punca sakit tulang belakang.
1. Ibu hamil
• Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
• Semakin lama kandungan menjadi semakin berat
• Dibetulkan selepas melahirkan anak.


2. Cara menyambut anak ketika kelahiran.
• Dislokasi tulang cervical
• Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
• Pendengaran juga menjadi kurang peka.
• Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.

3. Kecederaan/kesakitan sebelah kaki
• Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.

4. Duduk yang lama terutama diatas kenderaan
• Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.

5. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
• Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.

6. Kasut yang kurang kualiti
• Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.

7. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
• Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.

8. Tilam yang tidak berkualiti
• Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .

9. Lumpuh
• Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.

10. Kecederaan sewaktu bersukan.
• Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.

11. Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
• Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.

12. Bantal tidur yang terlalu tinggi.
• Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.

13. Obesiti
• Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.

14. Kemalangan
• Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

15. Kurang air dalam badan.
• Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.
Sakit belakang
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.
Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti :-
1. Patah
2. Tulang haus
3. Tulang kering
4. Bentuk tulang.
Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti
a. Lordosis dan kifosis(bongkok)
b. Skoliosis.(tulang bentuk s)

Pemahaman ilmu PTB
Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakan satu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.
Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.
Pemeriksaan Tulang belakang
Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.

1. Jari tangan.
- Bengkok terutama jari kelingking
- Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan.
- Rasa kebas di hujung-hujung jari.
2. Kepala
- Sakit kepala
- Stress yang berpanjangan
- Tekanan jiwa.
3. Pinggang
- Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki.
4. Jantung
- Laju.
Manipulasi.
Manipulasi ialah gerakan awal pada kawasan kawasan yang tertentu sebelum sesuatu tekanan khas dilakukan. Tujuannya bagi mendapatkan perenggangan dan kerehatan(relaxing) dan dengan situasi itu pembetulan tulang belakang mudah dilakukan. Dalam keadaan stress pembetulan tulang tidak boleh dilakukan dan tulang sukar dikembalikan ke tempat asalnya.

Langkah dalam melakukan Pembetulan Tulang belakang
i . Manipulasi/perenggangan
- Tekanan dengan tangan/pijakan kaki.
ii. Penggunaan besi panas
berat badan di bawah 50kg – berat besi 4 kg
berat badan dibawah 75kg - berat besi 5 kg
berat badan dibawah 90kg - berat besi 6kg
berat badan dibawah 120kg – berat besi 7kg.
iii. Penggunaan rotan
iv. Penggunaan minyak but-but yang suam.
v. Minum air suam/air alkali.

6. Pemeriksaan awal
Perlu dilakukan pemeriksaan awal bagi menentukan pesakit tidak mengalami keropos tulang(osteoarthritis). Tanda keropos,tulang sangat keras dan tidak flaxsible. Jika keadaan begini jangan sekali-kali menggunakan kaedah PTB. Tiga situasi lagi yang perlu berhati hati ialah jika pesakit mengandung, bekas tulang patah atau dimasukan besi pada tulang .
Dislokasi ruas tulang belakang akan menyebabkan gangguan pada saraf (lihat gambar) Oleh sebab itu tanda awal yang boleh kita lihat jika berlakunya gangguan saraf adalah seperti berikut:-
i. Kehilangan control usus
ii. Kehilangan control kencing
iii. Kesukaran pegerakan rusuk dan penafasan
iv. Kebas di rusuk
v. Sakit pinggang
vi. Lenguh ngilu kaki
vii. Tubuh rasa tidak selesa.

Manipulasi 1
a. Tekanan pada tapak kaki (di lembutkan)
b. Tekanan pada buku lali (dalam)- berdiri.
c. Tekanan pada buku lali (luar)
d. Tekanan pada perut betis.
e. Tekanan pada paha.
f. Kaki bersilang kanan
g. Kaki bersilang kiri.
h. kaki 90 darjah - kanan
i. kaki 90 darjah – kiri.

Manipulasi 2. (Thoracic dan lumbar)
a. Tekanan dari L ke T(telapak tangan)
b. Tekanan dari T ke L(telapak tangan)
c. Tekanan titik T 7 (pada bahu kiri dan kanan)
d. Tekanan pada tangan
e. Tekanan dari thoracic ke Lumbar (ibu jari)- mengiring
f. Tekanan pada bahu mengiring.
g. Tekanan pada titik utama sakrum
h. Tekanan pada 5 point utama.
Manipulasi ke 3 – duduk.
a. Tekanan pada titik medulla oblongata
b. Tekanan pada titik bahu (T 7)
c. Tekanan pada C 1 – C 7
d. Tekanan pada tulang T dan L.
e. Tekanan dari atas bahu

Manipulasi ke 4 (melentang)
a. Tarikan ibu jari
b. Tarikan kaki dan pusingan 360 darjah
c. Pembengkokan kaki ke dada kanan dan kiri
d. Penyilangan kaki kanan dan kiri
e. Tekanan dalam sepanjang betis dan paha
f. Tekanan luar sepanjang betis dan paha.
g. Tekanan melintang pinggang dan bahu.

Manipulasi ke 5 (melentang)
a. Tekanan pada lengan dan bahu
b. Tarikan tangan kanan dan kiri
c. Tarikan kepala
d. Tekanan pada titik jantung- atas
e. Tekanan titik jantung – sisi
f. Tekanan pada titik paru-paru.
g. Pembetulan kepala – berdiri.
h. Pijakan atas pinggang
i. Senaman 1, 2 dan 3

Teknik pemanasan besi .
Selain daripada pemanasan di lokasi yang akan diterangkan ,terdapat beberapa titik yang sangat berkesan digunakan dengan kaedah pemanasan. Titik titik ini akan diterangkan satu persatu di dalam kuliah.
Persiapan awal:-
1. Besi mengikut berat badan
2. Bahan pembakar
3. Kain untuk balutan besi
4. Daun yang boleh digunakan seperti mengkudu,kunyit ,capa dll.
Method 1.- terlentang
1. Pemanasan di perut
2. Pemanasan di paha atas
3. Pemanasan di tapak kaki
4. Pemanasan di perut betis
5. Pemanasan diperut paha
6. Pemanasan di sakrum.(atas)
Method 2 – meniarap
1. Pemanasan di tapak kaki
2. Pemanasan di perut betis
3. Pemanasan dipaha
4. Pemanasan di sacrum (bawah)
5. Pemanasan dari L ke T kanan dan kiri.

Method rangsangan rotan- meniarap
1. Pukulan pada perut kaki sampai keatas.
2. Sapu dengan minyak but-but
3. Minum air beralkali – 2.5 liter sehari(Water detox)
4. Minuman jus (2 + 3/3+ 2)
Penggunaan herba untuk tulang belakang
1. Radix kapsul (3x 3)
2. Radix diet (1 X 3)
3. Herba Tuju Angin (3 X 3)
4. Omega 3 (kapsul/gel)(3x 3)
5. Madu(1 sudu besar x 3)
6. Minyak zaitun(2 sudu besar x 3)
7. Habatul saudak(3 x 3)
8. Eq minda ( 2 sudu besar x 3)

Penutup
Semoga method pengubatan PTB akan digunakan kembali oleh para herbalis HPA dalam perawatan. Kekerapan method ini boleh dilakukan 2 kali sehari selagi tidak ada tanda demam,pening dan lain-lain lagi. Selamat maju jaya .Amin,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar